Thursday, 16 February 2017

Our 1st Anniversary #throwback

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Wah gile lama tak ber blogging ni ..

busy with work, busy with life

hampir lupa our 1st anniversary (which actually on 5 Feb) but lucky en suami ingatkan 1week before our anniversary day

S : " Anniversary kita nak g mana? "

M : huh ?? harini bpe haribulan?

S : 30 Jan

En suami pelik, perempuan mana boleh lupa benda2 macam ni. Saya hampir lupa. However, we both sick on our anniversary day. But, en suami promise, he want to cook something special for me. I'm not sure even I've got gastrik or because his cooking, saya MC 2 hari.

walaubagaimanapun, saya sangat2 berterima kasih & bersyukur sebab en suami try to celebrate & make me happy.

"This day marks one whole year of our beautiful union. I am glad I married a man who is one in a million. Over the last one year I have realized that marriage is not just about love, hugs and cuddles but it is also about fights and arguments. But even fighting and arguing with a sweet husband like you… feels like a cute thing to do. Every single moment in the last 365 days have confirmed my belief that I am married not just to the right man, but to the perfect man."



"Happy 1st anniversary."



Thank you for reading this post, awesome nerds!!

Wednesday, 8 June 2016

Selamat Menyambut Ramadhan 1437H

Assalamualaikum & salam Sejahtera

Dah lama tak update entry dalm blog ni sebab terlalu sibuk dengan pekerjaan, yela summer holiday untuk negara India no kira2 dalam 2 - 3 bulan.

Selamat Menyambut bulan Ramadhan walaupun terlambat, hahaha ... semoga Ramadhan tahun ini memberikan penuh keberkatan & kita dapat menjalaninya dengan penuh ibadah. So tahun ni saya sambut sebagai isteri (eeheemm ... ), alhamdulillah buat masa ni berjalan dengan lancar.

Ingat, ia bukan setakat menahan diri dari lapar & dahaga, ia juga menahan diri, mulut, hati, telinga, mata, kaki & tangan dari perbuatan yg sia2 & haram. Tok imam selalu berkata bulan Ramadhan bulan mulia, nak lakukan ibadah, bulan ni terbaik tapi tak bermaksud bulan2 yg lain tak payah buat, tapi ganjaran bulan Ramadhan lebih sikit, Insya Allah, berpuasa tanpa solat seperti tak berguna.

So moga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Mana tahu mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir, oleh itu jangan sia2 kan

Thank you for reading this post, awesome nerds!!





Sunday, 6 March 2016

Task : Prosedur Pengambilan Surat Perakuan Nikah di PAID Petaling, Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Harap semua pembaca seihat semuanya, Alhamdulillah. Haritu ada buat entri tentang Prosedur Pemohonan Kebenaran Berkahwin di Selangor kan. Tak tengok lagi? Haaa Pandai2 Lah cari dalam blog ni .. kikikiki

Pada Hari Jumaat, 4 March. saya & Mr Husband nak pergi ambil sijil nikah kami. So kami pergi la ke PAID Petaling di Shah Alam. Ingat, sijil nikah boleh ambil dekat PAID daerah masing2.

Pesan saya cuma satu, call dulu baru datang ambil ya 

Apa perlu dibawa (Pasangan anda / slip surat nikah sementara (ada tok kadi yg bg & ada tak, saya lak tok kadi ada bagi) )

Ok2, back to topic, pengalaman saya & prosedur mengambil surat ini

***After Solat jumaat, dalam 2.30pm macam tu, Kami berdua merempit ke Shah Alam. Dalam 3 kot sampai, sampai je kami memang park motor betul2 depan Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah. Ada kaunter informasi di tingkat bawah, tanya kakak tu, dia jawab yg PAID Petaling tingkat 6.

***Tinggalkan lesen, dia bagi pas pelawat & pas pelawat tu adalah access card utk masuk / keluar  ke PAID. Ambil no giliran & tunggu no dipanggil ...... (masa menunggu tu, tiba2 ada rombongan dtg & hantaran, ada yg bernikah kot kt situ )

***Bila no saya dipanggil, bagi je slip tu, betul lah apa yg org lain kata, sedih saya tengok, pakcik kaunter tu check kat sistem NCR JAIS dulu baru dia cari nama kita dalam buku sebesar alam tu. Lama gak la, kitaorang pun fikir, nikah 5 Feb takkan lama nau mencari. Rupa2 nya, yg pakcik kaunter tu g buat air pastu cakap surat perakuan nikah kitaorang tengah taip. I'm like "whhhaaattt ????...." 

***Hari jumaat hari berkat, So saya decide untuk tenangkan diri & sabar. Tunggu 5 Minit, ok dah siap. Dia bagi 2 copy, 1 utk lelaki & 1 utk perempuan. Pakcik tu suruh check nama, IC, alamat ,Nama suami dll. Alhamdulillah, takda typing error. So pakcik tu warning " Jangan laminate, Jangan Hilangkan". Terkedu tiba2 sebab saya memang fikir nak laminate surat tu .. hahahaha

***Kalau nak sampul (clear folder) yg ada logo PAID tu, kene bayar RM 3 per piece. Pakcik tu juga explain kalau nak buat kad nikah pintar, photocopy surat perakuan nikah , 1 gambar lelaki & 1 gambar perempuann bertudung, dalam 10 hari berkerja dah boleh siap. RM40 utk 2 kad. Boleh trus buat kat OSC di aras bawah. 

Ok Pakcik sangat details, TQ Pakcik !!

Kami tak buat lagi Kad Nikah Pintar tu sebab takda gambar passport yg cantik2 & molek2 .. hahaha
Next Entry saya akan bagitau prosedur mohon kad nikah pulak ya .. Insya Allah

Jom usha gambar yg sempat saya tangkap


Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah
Shah Alam

Clear Folder PAID Petaling

Ihsan dari Google
Contoh pas pelawat a.k.a access card 
Contoh Surat Perakuan Nikah 


Actually masa hari kejadian, saya jumpa seseorang yg agak familiar muka dia tapi saya tak ingat. Bila ingat balik2 rupa nya geng AF musim ke 5 yg saya pernah minat dulu, Shawal. And he's already married. Dia datang dengan wife dia, malu nak tegur. Nak tanya juga bila dia kahwin sebab no media cover his story, well I'm googling of course !!

To Shawal Ruslan,
Congratulations for your married, May Allah bless your married life until Jannah, Insya Allah


Thank you for reading this post, awesome nerds !!


Sambal Ikan Kembung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Entri harini nak kongsi resipi sambal ikan kembung yg sangat simple dari saya Chef Newbie & Noob

Hahaha .. Saya mengaku saya tak berapa pandai memasak, sedikit2 boleh la tapi untuk perut sendiri

Ok enough with rubbish talk, jom tengok resipi sambal ikan kembung saya yg tak seberapa ini

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan kembung (telah disiang & dicuci bersih)
sedikit serbuk kunyit
Cili giling / boh (xtaw berapa sebab main tuang sesuka hati .. hahaha )
2 biji bawang besar (1 utk tumis / 1 utk hirisan)
2 ulas bawang putih
beberapa biji cili merah (time ni letak 5 je)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Gaulkan ikan kembung dengan serbuk kunyit. Kasi betul2 rata & pastikan takda berketul2
2. Masukkan minyak. Gorengkan ikan kembung tapi jangan kasi garing
3. Tumiskan sehingga menjadi kuning gold, kemudian letak cili giling sampai bertukar warna atau naik minyak
4. Masukkan pula jus asam jawa, garam & gula. kacau sebati. Tuang sedikit air
5. Rasa kuahnya. Kalau Kene dengan tekak, masukkan ikan yg telah diggoreng tu.Balikkan ikan supaya sambal meresap & sebati dengan ikan.
6. Masukkan hirisan bawang & beberapa cili merah
7. Hidangkan

Nampak tak simple je ... Itu cara say memasak lah. Kalau ada silap & Salah, ampunkan beta ya
Lagipun cik suami pun suka, bertambah makan. Alhamdulillah, lepas ni try kari ke gulai ke .. Insya Allah





Thank you for reading this post, awesome nerds !!



Thursday, 25 February 2016

The Story of my Wedding

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sudah hampir 4 minggu bergelar isteri, totally berbeza masa zaman bujang dulu. Apa berbeza? Kahwin la dulu ... hahaha

Pesanan saya pada B2B - "ukur baju di badan sendiri"

okay2 sekarang saya nak bg simple describe about my solemnization day, reception day & majlis bertandang. Saya juga nak promote team2 yg menjayakan majlis saya ni


 Solemnization Day (5 Feb 2016)

- bertempat di Surau Al Islah, Kuarters MBPJ
- makanan utk tetamu : masak sendiri (makan petang) lingkungan dalam 50+
- warna utama - cream


Baju Kurung moden + veil & baju melayu tailored by 

Makeup natural by 

Design Henna yg cantik by 

Photographer by 

 Reception Day (6 Feb 2016)

- bertempat di Dewan Serbaguna Kuarters MBPJ
- makanan utk tetamu : rewang (lingkugan 800org)
- additional ayam golek yg super sedap dari Ayam Golek Berempah : Mummy's Roaster
- candy buffet / photo booth / guest book - DIY
- warna utama - silver grey & light purple 


Dress + veil tailored by 

Makeup by 

Pakej Pelamin + pintu gerbang + walkway  by 

Photographer by 



 Majlis Bertandang (14 Feb 2016)

- bertempat di Kg Brisu Alor Gajah
- makanan utk tetamu : katering (lingkungan 1200+)
- saya cuma uruskan bridal sahaja , yg lain family belah lelaki handle 




*Si husband request taknak photographer masa majlis bertandang, penat nak pose*


Alhamdulillah dua2 majlis berjalan dengan lancar, terima kasih pada keluarga yg banyak membantu. Pada tetamu2 yg menghadiri, minta maaf dari kami semua jika ada serba kekurangan, salah silap & ada perkara yg menyinggung dalam majlis kami ini, kami menyusun 10 jari meminta maaf. Jom layan sikit je gambar2 di waktu kejadian 






Thanks you for reading this post, awesome nerds !! 

Friday, 15 January 2016

It's Judy time - 3 cute daughters

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ,

Dah lama tak update blog ni, sorry sebab busy uruskan majlis perkahwinan on Feb nanti, ya lagi 3 weeks, So scary .. HUHUHUHU

Stress kadang2, rasa nak mengamuk jew sebab stress kerja , ni pon baru lepas elok demam.. aiseh .. tapi cara saya nak release kan tension, TENGOK VIDEO KUCING & BABY COMEL !! 

Ada 1 page "Itsjudytime" in FB, a mom with 3 daughters .. tengok telatah anak2 dia, Ya Allah panjang akal masing especially the twin. Nama anak2 dia, selalu letak hashtag #Juliannabear #Miyabear #Keirabear ... Sangat comel ... I wish when I get married soon, I got twin :)

Jom enjoy video2 yg saya suka tengok dekat Itsjudytime kat link bawah ni 
*Taktahu macamana nak share video kat FB kat blog ni, tak per la, just check out the link below ok*

1. When one sibling thinks she is the Mom
2. MK Cafe Revisit

Comel kan ???

Thank you for reading this post, awesome nerds !!


Thursday, 10 December 2015

Task : Prosedur Permohonan Perkahwinan Perempuan - JAIS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Apa khabar semua ? Fuh dah lama rasenye tak meng'update' blog ni .... Ok , ni nak update tentang permohonan nikah di Malaysia tercinta ini. Saya ni boleh dikatakan seorang yg 'sistematik' la, maksud nya saya seorang yang sangat nerd, nak pastikan all the things in order .. So, bertanya , meng'google' & menganggu pejabat agama memang rutin harian sejak nak mulakan permohonan ni. Jom usha situasi & prosedur kat bawah

SITUATION

Saya : Dilahirkan di Petaling Jaya, alamat IC di kampung, Hulu Selangor. Tapi bernikah di Petaling Jaya. Disebabkan alamat IC tak sama dengan tempat yg nak bernikah, so kene la isi borang pengesahan permastautin tu

Tunang : Dilahirkan di Kuala Lumpur, alamat IC di Melaka. Bekerja di Puchong selama 1 tahun setengah. So dia kene amek borang dari pejabat agama di Melaka

PROSEDUR

1) Hadiri Kursus Kahwin

Kursus kahwin ni mengambil masa 2 hari, sabtu & ahad la kebiasaannya. Saya pergi bulan May tahun ni sebab member cakap baik pergi cepat sebelum mahal, dengar kata nnt nk buat kursus kahwin seminggu siap ada ujian. Akibat warning yang sebegitu, so kami pergi cepat2.. hahaha .. bayaran RM80 seorang, ambil kat Zura's Akademik sebab dekat dengan rumah .. sekarang dengar cerita dah naik, betul ke ??

2) HIV Test
HIV test ni orang kata boleh buat dekat Klinik Kesihatan Kerajaan jeww .. ni yg leceh kit sebab nak kene buat appointment la, tapi Alhamdulillah, nasib saya ada saudara dekat Klinik Kesihatan Taman Medan, takda la nak amek cuti 1 hari just for appointment je, Sebab Klinik Kesihatan Taman Medan ni kalau call banyak kali, haram , takda sesiapa pun nk angkat. So HIV test ni sehari boleh settle, nak tahu lebih lanjut tentang proses ni , boleh refer abg blog ni explain > Nick Nashram

3) En Tunang Mula Settlekan Borang Kebenaran Berkahwin
En Tunang ni alamat IC di Melaka, so dia kene lengkapkan borang di Melaka. Dia ni sibuk memanjang, so saya gak kene bertanya , ber'google', harap2 ada borang online, so tak payah dia nak kelam kabut g amek borang kat Melaka. Ada !! Taraa .. perkenalkan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) which diperkenalkan pada tahun 2014 utk 5 negeri (N9, Melaka, Perlis, Kedah & Perak). Nampak x ?? So tak perlu balik kampung ambil borang, boleh online juga.

Selepas dah isi online semua details, En Tunang kene pergi ke PAID Alor Gajah sebelum dateline (dalam sistem online, lepas dah settle, dia akan bagi date utk memohon nikah, kalau dah over pon boleh renew balik).

Dokumen yg diperlukan (Photocopy IC lelaki / Photocopy IC bakal isteri / Surat Akuan Bujang dari Majikan / HIV Test / Sijil Kursus Kahwin original & photocopy)

Dalam 5 hari, dah dapat surat kebenaran & semua dokumen tu, En Tunang bagi pada saya

4)  Saya pun mulalah settlekan Borang Kebenaran Nikah
Dalam bulan September, saya dah daftar dalam NCR JAIS. Awal kan ?? Kakak saya suruh buat awal, supaya tak kelam kabut nanti. Oleh kerana alamat IC berlainan dengan tempat nak bernikah, saya kene isi borang perngesahan permastautin, disahkan oleh orang yg disenaraikan atas borang tu, saya mintak tandatangan Nazir di kariah Masjid saya shj.

Saksi borang lak, saya kene bawak wali saya & kedua orang saksi berjumpa imam utk sign borang tu. Wajib sign depan imam kecuali kalo dah kawtim baik dengan imam tu .. hahaha. Lepas dah settle tandatangan tu, bwk dokumen saya & dokumen en tunang bawak ke JAIS Shah Alam, tunggu dalam 10 minit , bayar RM 10 pastu settle 

Dokumen yg diperlukan (Surat Kebenaran Kahwin dari pihak lelaki / Photocopy IC Wali / Photocopy IC dua org saksi (saya ambil IC dua2 abang saya) / Surat Akuan Bujang dari Majikan (time saya, tak diperlukan but ada PAID yang nak)  / HIV Test / Sijil Kursus Kahwin original & photocopy)

5) Siap & Nikah
Dah dapat borang & surat kebenaran. benda tu pun dah settle, cuma nanti seminggu sebelum akad nikah tu , borang tu kene bagi dkt Tok Kadi jew la & inform utk hari pernikahan tu nanti ..  Tapi jangan lupe bgtahu Tok Kadi & lock date tu taw ...

Alhamdulillah dah settle la bab2 yg merumitkan ni ...

Bagi saya la, tak merumitkan la, except kalau benda tu last minute buat, memang rasa nak meletup, Alhamdulillah maybe Allah memudahkan tugas saya ni .. So next step, prepare ape yg patut la .. lagi 2 bulan kot !! Scary .. Bye Smua,

Thank you for reading this post, awesome nerds !!